Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Kekalahan ini memalukan !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TAK pernah terduga skuad Manchester United akan tewas teruk 1-6 kepada Tottenham Hotspur di laman sendiri.

Bintang pertahanan The Red Devils, Luke Shaw akui amat malu kekalahan yang memeranjatkan ini.

Malah, Shaw menilai mereka kurang bermaya sepanjang 90 minit perlawanan.

“Hilang fokus dan kemudian buat lagi kesalahan, kesalahan lagi, kesalahan lagi.

“Kami tidak berhati-hati. Benar-benar menyakitkan.

“Manchester United tidak seharusnya kalah dengan cara seperti ini. Ini benar-benar menyakitkan, memalukan, dan kami mengecewakan banyak orang. Kami mengecewakan diri sendiri dan staf,” katanya kepada Sky Sports.

Menurut Shaw, sejurus Anthony Martial di buang padang, permainan Manchester United mula merosot.

“Ketika kami main dengan 10 orang, mungkin kami menyerah kalah, tidak ada karakter di atas padang. Kami terlalu diam dan naif. Ada banyak kesalahan, kami harus lebih berusaha.

“Ini memalukan. Saya malu di atas padang. Kami harus menilai diri sendiri,” katanya lagi.

United kini kekal di kedudukan ke-16 Liga Perdana Inggeris dengan tiga mata selepas tiga perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: