Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Guardiola kesal City bazir peluang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENCABAR kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City terus tercicir mata apabila hanya sekadar seri 1-1 menentang Leeds United walaupun mendominasikan perlawanan.

Walaupun mendahului awal menerusi gol Raheem Sterling di minit ke-17, Citizens gagal mengekalkan momentum sehingga boleh dibolosi hasil jaringan Rodrigo di minit ke-59.

Situasi semasa ini nyata menggusarkan pengendalinya Pep Guardiola selepas deretan peluang terhidang yang gagal disempurnakan jentera serangannya yang meletakkan naib juara musim lalu berada dikedudukan 10 liga dengan empat mata selepas beraksi tiga perlawanan.

Bagi, Guardiola dia memuji sikap dan karakter pemainnya namun kesal anak didiknya melepaskan beberapa peluang terhidang depan gawang lawan.

Kesudahannya, Manchester City sekadar seri 1-1 dengan Leeds United pada pertemuan di Elland Road, awal pagi tadi.

“Pertandingan yang bagus. Ketika kedua-dua pasukan ingin menyerang, itu menjadi pertemuan yang menarik. Kami menunjukkan 30 minit pertama yang luar biasa, dan kami perlukan gol.

“Sayangnya, kami tidak boleh menang. Leeds mengekang banyak pemain di belakang garisan tengah. Setelah itu mereka menyerang dengan luar biasa. Tidak mudah menghadapi mereka. Leeds menunjukkan betapa bagusnya mereka.

“Kami punyai peluang untuk mengunci pertandingan. Babak kedua berjalan lebih seimbang, tapi kami lebih baik pada akhir babak kedua,” katanya kepada Sky Sports, seperti dilaporkan BBC.

Sterling (tengah) memastikan pasukan dihadapan namun jaringan tersebut gagal memastikan tiga mata buat Citizens.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: