Antarabangsa Bola Sepak Semasa

The Blues berpeluh sebelum menang besar

SKUAD berbelanja besar, Chelsea terpaksa menunggu babak kedua untuk menggegarkan gawang Crystal Palace dengan perlawanan memihak tuan rumah, 4-0 pada aksi saingan Liga Perdana Inggeris 2020/21, sebentar tadi.

Beraksi di Stamford Bridge, anak didik Frank Lampard yang kelihatan buntu sepanjang 45 minit apabila gagal memecah benteng pelawat selain beberapa gerakan dan hantaran mudah dibaca pelawat.

Crystal Palace juga kurang hebatnya yang sekali-sekala mengancam kubu tuan rumah melalui serangan balas yang diterajui Wilfried Zaha.

Chilwell membuka pesta jaringan gol pada minit ke 50 untuk membantu kemenangan Chelsea.

Kebuntuan jaringan The Blues akhirnya terlerai apabila Ben Chilwell meledak gol pertama selang lima minit babak kedua bermula.

Gol tersebut nyata melegakan pengendalinya Lampard serta menaikkan semangat rakan sepasukan untuk terus memburu gol dan selang 16 minit kemudian tandukan Kurt Zouma meletakkan pasukan selesa dihadapan untuk gol kedua.

Kerakusan Chelsea memburu gol tidak terhenti disitu apabila Jorginho turut mencetakkan nama selaku penjaring dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 78 dan 82 untuk memastikan malam gemilang Chelsea.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: