Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Pereira sertai Lazio

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pereira dibenarkan meninggalkan kelab kerana kedatangan Bruno Fernandes pada bulan Januari.

PEMAIN tengah Manchester United, Andreas Pereira bergabung dengan pasukan Serie A, Lazio secara pinjaman sepanjang musim.

Pemain berusia 24 tahun itu telah bersama United sejak 2014.

Ini akan menjadi langkah pinjaman ketiganya selepas pernah bermain di La Liga bersama Granada dan Valencia.

United memberitahu Pereira dibenarkan meninggalkan kelab kerana kedatangan Bruno Fernandes pada bulan Januari, yang baru sekali bermain dalam kesebelasan utama dan membuat enam penampilan sebagai pemain gantian sejak pemain asal Portugis itu ditandatangani.

Pereira tidak pernah terlibat dalam tiga perlawanan United musim ini dan pengurus Ole Gunnar Solskjaer mengatakan pemain itu “perlu bermain dengan kerap”.

“Setelah kami menandatangani Bruno, posisi yang dimainkan Andy telah diambil Bruno yang masuk dan memberi impak berkesan.

“Kami memutuskan inilah yang terbaik untuk Andreas,” tambah Solskjaer.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: