Bola Sepak Terkini

Aksi Kedah- Melaka berubah gelanggang dan tarikh


Kedah bakal beraksi di Stadium Cheras menanti kunjungan Melaka United, Isnin ini.
MENGAMBIL kira perkembangan semasa Covid -19 yang masih aktif khususnya di Kedah, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan perlawanan membabitkan Kedah menentang Melaka United diadakan pada 5 Oktober di Stadium KLFA, Cheras.
Sebelum ini perlawanan membabitkan aksi Kedah dan Melaka United diadakan pada esok di Stadium Darul Aman namun menerusi permohonan Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) kepada MFL dan persetujuan bersama kedua-dua presiden iaitu Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali, perubahan kepada jadual perlawanan dilakukan memandangkan kes COVID-19 masih aktif dan meningkat di Kedah.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, kedua pasukan bersetuju untuk meminda tarikh dan venue perlawanan yang dijadual di Stadium Darul Aman, Alor Setar ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras disebabkan khuatir dengan keadaan COVID-19 di Kedah berada dalam paras yang membimbangkan.
“Jadi bagi memastikan kelancaran perlawanan itu, kedua-dua pasukan telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan perlawanan di Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2020,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, MFL dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini telah bersetuju untuk meminda tarikh perlawanan Kedah dan Melaka di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 2 Oktober 2020 kepada 4 Oktober 2020.
Keputusan itu dicapai apabila menerima permohonan daripada pasukan Melaka yang terpaksa menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah pada 28 September lalu.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: