Antarabangsa Bola Sepak

Mane positif Covid-19


BINTANG sensasi Liverpool, Sadio Mane, telah diuji positif coronavirus dan kini sedang menjalani tempoh pengasingan diri.

Berita itu muncul tiga hari selepas kelab itu mendedahkan pemain tengah, Thiago Alcantara juga positif Covid-19.

Liverpool melaporkan pemain sayap Senegal itu “menunjukkan sedikit gejala virus tetapi secara keseluruhannya sihat.

Mane, 28, bermain untuk The Reds dalam kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada hari Isnin tetapi tidak berada dalam skuad ketika Liverpool mencatat kekalahan Piala EFL menerusi penentuan penalti kepada The Gunners pada hari kelmarin.

Satu kenyataan di laman web Liverpool menambah: “Seperti Thiago Alcantara, Liverpool akan terus mengikuti semua protokol yang berkaitan dengan Covid-19 dan Mane akan mengasingkan diri untuk jangka waktu yang diperlukan.”


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d