Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Lewandowski Pemain Terbaik Eropah

BINTANG Bayern Munich, Robert Lewandowksi dipilih sebagai Pemain Lelaki Terbaik Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dengan Bayern Munich mendominasi anugerah bagi kategori pemain lelaki.

Penyerang berusia 32 tahun itu menghasilkan 55 gol dalam 47 perlawanan termasuk 15 gol dalam 10 perlawanan Liga Juara-Juara selain turut dinamakan sebagai Penyerang Terbaik.

Menariknya, Bayern Munich juga mendominasi anugerah bagi kategori pemain lelaki.

Manuel Neuer merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala Joshua Kimmich menggondol Anugerah Pertahanan Terbaik.

Hanya Pemain Tengah Terbaik menjadi milik pemain Manchester City, Kevin de Bruyne.

Kategori Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik diraih Hansi Flick sementara Pernille Harder yang mewakili Wolfsburg dipilih sebagai Pemain Wanita Terbaik UEFA.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: