TOTTENHAM Hotspur membelasah Maccabi Haifa 7-2 dalam aksi playoff Liga Europa 2020/2021.
Harry Kane meledak hatrik dalam kemenangan tersebut.
Melayan kunjungan Maccabi Haifa di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi tadi,
Spurs bermula garang.
Kane membuka tirai jaringan minit kedua disusuli Lucas (20) serta dua gol dari G.Lo Celso (36,39) sebelum Kane menambah lagi dua gol (56, penalti dan 74).
Sementara itu, pengurus pasukan Jose Mourinho tetap tidak berpuas hati meskipun Spurs menang besar 7-2.
“Saya tidak fikir itu adalah permainan yang boleh kami jaringkan 7-2, kami tidak bermain luar biasa. Ini adalah permainan yang aneh dan kami terlalu terbuka.
“Mereka terlalu berani untuk menentang pasukan dari tahap yang berbeza dan kami menghukum mereka.
“Tetapi kami tidak begitu kompak dan tidak bertahan dengan baik. Namun, kerja telah selesai.
“Bukan menghadapi tiga lawan yang bagus, tetapi sukar untuk melakukan perjalanan, bermain di stadium kosong dalam satu perlawanan kalah mati,” katanya kepada Premier Sports selepas perlawanan.
Kemenangan itu memastikan Spurs layak beraksi ke peringkat kumpulan Liga Europa 2020/2021.
Undian kumpulan akan diadakan pada malam ini.
Add Comment