Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Arsenal singkir Liverpool

LANGKAH Liverpool tersekat sehingga pusingan keempat Piala Liga Inggeris 2020/2021.

Menghadapi The Gunners, The Reds tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada perlawanan yang diadakan di Anfield, sebentar tadi, Liverpool menguasai pertandingan dengan 56 peratus penguasaan bola dan membuat 16 percubaan, tujuh di antaranya tepat ke gawang lawan.

Sementara, Arsenal cuma melepaskan enam kali percubaan dengan dua kali tepat ke sasaran.

Perlawanan sebenar berakhir 0-0 dan Arsenal menang 5-4 untuk mara ke suku akhir.

Jota (kiri) diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds.

Liverpool menurunkan trio Mohamed Salah, Diogo Jota, dan Takumi Minamino di bahagian serangan. Jentera tengah dikemudi oleh Marko Grujic, Harry Wilson, dan Curtis Jones.

Arsenal pula menurunkan Nicolas Pepe, Bukayo Saka, dan Eddie Nketiah mengancam pertama kali ke kubu The Reds seawal minit ketujuh. Nketiah mendapat bola dala kotak penalti tapi dengan cepat Adrian menutup ruang.

Dalam drama tendangan penalti, dua penendang Liverpool Divock Origi dan Harry Wilson gagal menyempurnakan.

Manakala bagi kem Arsenal hanya Mohamed Elneny yang gagal sebelum Joe Willock memastikan Arsenal mara dengan kemenangan 5-4.

Liverpool: Adrian; Neco Williams, Rhys Williams, Virgil van Dijk (Joe Gomez 61′), James Milner; Marko Grujic, Curtis Jones; Harry Wilson, Takumi Minamino, Diogo Jota (Gini Wijnaldum 76′); Mohamed Salah (Divock Origi 61′).

Arsenal: Bernd Leno; Cedric Soares, Rob Holding, Gabriel Magalhaes, Sead Kolasinac; Dani Ceballos (Mohamed Elneny 68′), Joseph Willock, Granit Xhaka; Nicolas Pepe, Bukayo Saka (Maitland-Niles 86′), Eddie Nketiah (Alexandre Lacazette 81′)

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: