
BAYERN Munich mengalahkan Borussia Dortmund dalam perebutan gelaran Piala Super Jerman dengan kemenangan 3-2.
Beraksi di Allianz Arena, Die Roten terlebih dahulu unggul dengan dua jaringan awal menerusi C Tolisso minit ke-18 dan T Muller (32).
Dortmund bingkas bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit berselang hasil gol J Brandt dan E.B.Haland pada babak kedua.
Namun, J Kimmich muncul wira Bayern apabila meledak gol minit ke-88 sekali gus menghadiahkan kemenangan sensasi pasukannya.
Ia merupakan trofi kelima diraih Bayern tahun ini selepas memenangi Bundesliga, DFB Pokal, Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan Piala Super Eropah.









Add Comment