Bola Sepak

Penyokong Kedah melenting !!!


 

Logo baharu yang dikatakan indentiti DarulAman FC (DFC) yang merujuk kepada nama baharu pasukan Kedah selepas diswastakan mendapat kecaman penyokong pasukan tersebut.

Tinjauan CS di media sosial mendapati bukan sahaja mereka tidak setuju kepada nama baharu pasukan yang didaftarkan malah menambah rasa marah mereka bertambah selepas melihat logo baharu yang kononnya indentiti pasukan tersebut.

Dakwa mereka, logo tersebut hodoh malah logo pasukan daerah ataupun sekolah lebih menarik dan mempunyai indentiti.

Malah ada juga penyokong yang bersedia untuk mengadakan perhimpunan bantahan dan meminta Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor mempertimbangkan kembali nama dan logo baharu pasukan Kedah.

Disebabkan rasa tidak puas hati ada penyokong yang menghantar pesanan kepada Menteri Besar tersebut dan beliau telah memberikan reaksi.

Katanya, ramai peminat pasukan Kedah menghantar kepadanya beberapa cadangan logo-logo untuk dipilih dan beliau bersedia mempertimbangkannya.

“Pada peringkat ini, Kedah kena settle dulu keperluan untuk pendaftaran FC mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh FAM.

Cadangan dan pandangan sentiasa dialu-alukan,”katanya melalui Facebook rasminya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d