KELAB Liga Perdana Inggeris tiada masalah mara ke suku akhir Piala Carabao musim ini.
Manchester City, Manchester United dan Everton menepati status sebagai pasukan elit apabila menumpaskan lawan masing-masing.
Kecuali Newcastle United yang terpaksa bermandi peluh mengatasi pasukan divisyen keempat, Newport County.
Newcastle ketinggalan seawal minit kelima menerusi gol Tristan Abrahams. Jonjo Shelvey pantas menyamakan kedudukan tiga minit sebelum perlawanan sebenar berakhir. Newcastle bernasib baik apabila menang penentuan sepakan penalti 5-4.
Di Turf Moor, Manchester City meraih kemenangan menewaskan Burnley, 3-0. Raheem Sterling mencetak dua gol, masing-masing di minit ke-35 dan 49, disusuli gol ketiga dari Ferran Torres pada minit ke-65.
Jiran tetangga, Manchester United, juga meraih kemenangan ke atas 3-0 Brighton & Hove Albion ketika bertandang ke Stadium Amex.
Kesemua gol dihasilkan oleh Scott McTominay di minit ke-44, Juan Mata di minit ke-73, dan Paul Pogba di minit ke-80.
Everton turut tidak ketinggalan untuk menang besar. Melayan kunjungan West Ham United di Goodison Park, pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu menang 4-1 menerusi hatrik Dominic Calvert-Lewin dan satu gol Richarlison.
West Ham sempat membalas menerusi gol tunggal Robert Snodgrass, yang sebelum itu kedudukan menjadi 1-1.
Dengan keputusan ini, Newcastle United, Manchester City, Manchester United, dan Everton menyusul Tottenham Hotspur yang terlebih awal mara ke suku akhir.
KEPUTUSAN :
Newport County 1 – 1 (4-5) Newcastle United
Burnley 0 – 3 Manchester City
Brighton & Hove Albion 0 – 3 Manchester United
Everton 4 – 1 West Ham United
Add Comment