Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Perang mulut Lampard, Mourinho

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mourinho (kiri) dan Lampard (kanan) menghangatkan aksi bukan sahaja didalam padang tetapi juga diluar padang. (Foto : EPA / MailOnline)

 

INSIDEN panas di tepi padang kembali melibatkan pengurus Chelsea, Frank Lampard. Kali ini, lelaki berusia 42 tahun tersebut berperang mulut dengan jurulatih Tottenham yang pernah membimbingnya di Chelsea dulu, Jose Mourinho.

Chelsea bertemu dengan Tottenham dalam saingan Pusingan 16 Piala Carabao yang diadaka di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

Keputusan penuh 90 minit berakhir 1-1 dan pemenang harus ditentukan melalui sepakan penalti. Kegagalan Mason Mountu dalam melaksanakan tugasnya memaksa Chelsea harus terima kekalahan kepada Tottenham.

Pertarungan antara kedua-dua pasukan berlangsung sengit dan bukan hanya membabitkan aksi atas padang. Ia juga melibatkan drama tepi padang antara jurulatih.

Pada pertengahan babak pertama, di mana Chelsea di depan menerusi gol Timo Werner, Mourinho dan Lampard saling berbalas kata-kata. Mourinho kesal dengan tingkah laku Lampard.

Dia melontarkan beberapa perkataan yang tidak mendapatkan respon positif dari Lampard. Kedua-dua saling berperang mulut dengan cukup panas sehingga perlu dileraikan.

Wartawan bernama Sam Wallace hadir menyaksikan dalam pertandingan tersebut dan melaporkan kejadian sebenar menerusi media sosial Twitter. Dia menunjukkan Mourinho sebagai dalang dari permasalahan itu.

“Apa-apa ajelah Frank, ketika anda kalah 3-0 anda tidak berdiri di sana (di tepi padang)]” ujar Mourinho kesal, seperti yang dilaporkan oleh Sam Wallace menerusi talkSPORTS.

Seperti yang diketahui, sebelum bertemu Spurs, Chelsea berhadapan dengan West Brom dan hanya mampu membawa pulang satu mata.

Bahkan di babak pertama, Chelsea ketinggalan tiga gol sebelum Mason Mount, Callum Hudson-Odoi, dan Tammy Abraham menjadikan keputusan berakhir 3-3.

Insiden unik lainnya adalah ketika Eric Dier meninggalkan padang secara tiba-tiba pada pertengahan babak kedua. Dia kemudian dikejar oleh Mourinho sehingga ke bangku simpanan Tottenham.

Dier selepas itu kembali ke padang. Rupa-rupanya, pemain berusia 26 tahun mahu membuang air kecil !


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: