Antarabangsa motorsport Semasa

Mir pilihan juara MotoGP 2020

JOAN Mir kini menjadi salah satu pilihan untuk menjuarai MotoGP 2020 bersama Fabio Quartararo.

Pelumba asal Sepanyol itu tampil begitu cemerlang musim musim ini.

Dengan menggunakan jentera Suzuki GSX-RR, dia telah berjaya naik podium sebanyak empat kali dari lapan pusingan, tiga kali muncul naib juara.

Walaupun Mir belum meraih sebarang kemenangan, koleksi mata terus meningkat kerana selalu menamatkan perlumbaan di posisi lima teratas.

Dia kini sudah mengumpulkan 100 mata, ketinggalan lapan mata saja dari Quartararo yang berada di puncak.

Mengikut carta, di belakang Mir ada Maverick Vinales yang mengumpulkan 90 mata dan Andrea Dovizioso yang memiliki 84 mata.

Dengan prestasi saat ini, Mir disebut-sebut sebagai pemenang musim ini berbeza dengan Quartararo, dia selalu konsisten di kelompok teratas.

Namun Mir menolak segala pujian berkenaan kerana katanya, masih terlalu jauh untuk dianggap sebagai pilihan, apatah lagi perlumbaan masih lagi berbaki enam pusingan.

“Terlalu awal memperkatakan begitu sekarang.

“Memang kami termasuk pasukan yang konsisten dan kedudukan jarak mata kami dekat,” kata Mir dipetik dari Autosport.

Pusingan seterusnya akan diadakan di MotoGP Perancis.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: