
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan sudah melengkapkan proses penswastaan Kelab Bolasepak (FC) merangkumi pemisahan dari Persatuan Bolasepak (FA) kepada (FC).
Perkhabaran gembira ini dikongsikan melalui paparan facebook TRW Kelantan FC sebentar tadi.
“FAM telah menulis surat melalui Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan pada 29 September 2020 berkenaan kelulusan rasmi ini.
“FAM melalui Pasukan Petugas ‘Pro Football’ telah mengkaji proses penswastaan Kelantan FA (Langkah 1 hingga Langkah 7) dan dengan sukacitanya memaklumkan kepada Kelantan FA bahawa kami dengan ini meluluskan dan mengakui selesainya penswastaan Kelantan FA ke Kelab Bola Sepak Kelantan (selepas ini “Kelantan FC”),” jelas kenyataan tersebut.
FAM pada minggu lalu mengingatkan pasukan yang gagal menyelesaikan proses penswastaan ini, bakal menerima kesan tidak diterima untuk menyertai kejohanan kelab peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Liga M membabitkan Liga Super dan Liga Perdana disamping penyingkiran ke liga amatur iaitu Liga M3 untuk musim depan.
Add Comment