Bola Sepak Semasa

Darul Aman FC nama baharu Kedah!

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pasukan Kedah kini dikenali sebagai Darul Aman FC (DAFC) selepas diswastakan.

Menurutnya, DAFC tetap membawa indentiti Kedah walaupun perkataan Kedah tidak ada pada nama baharunya.

“Secara rasmi swasta atas kertas sahaja. (Namun) sokongan penyokong masih hijau kuning, lagu sama, warna sama.

“Kita boleh bersorak sama sahaja. Kalau kita guna KFC jadi macam ayam goreng pula. Kita nak elakkan, jadi kita guna nama Darul Aman FC (DAFC),”katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pasukan itu juga turut menggunakan dan mendaftar logo baharu.

“Logo juga telah didaftarkan, logo kena lainlah dari yang KFA. Sekarang ini pemilikan pasukan masih lagi KFA sepenuhnya, siapa nak beli saham DAFC boleh datang bincang,”katanya.

Menurutnya, antara ciri-ciri logo baharu tersebut adalah mempunyai bola, bunga padi, perisai, warna hijau kuning dan merah.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: