Antarabangsa Bola Sepak

Klopp tak bimbang


Mane terus mencetak nama selaku penjaring utama The Reds.

JURGEN Klopp tidak hirau dengan perkembangan terkini yang ditunjukkan Arsenal sejak kebelakangan ini.

Malah sebaliknya, jurulatih Liverpool itu memberikan pujian ke atas kebangkitan The Gunners di bawah kendalian Mikel Arteta.

Arsenal memang menunjukkan tanda-tanda positif sejak kedatangan Mikel Arteta akhir tahun 2019 lepas.

Strategi direncanakan pengurus asal Sepanyol itu mula menuai hasil dalam siri perlawanan yang lepas.

Sebelum bertemu Liverpool awal pagi tadi, Arsenal menyapu bersih tiga pertandingan dengan kemenangan.

Mereka hanya bolos satu gol saja. Ini membuktikan bahawa kelemahan di benteng pertahanan berjaya teratasi.

Tetapi, pesta kemenangan Arsenal terhenti selepas kalah 1-3 di Anfield.

Sebelum pertandingan, Klopp sempat mengulas mengenai perkembangan yang ditunjukkan Arsenal kebelakangan ini.

Dia mengakui senang melihat pencabarnya berkembang, walaupun itu boleh menjadi khabar buruk buat pasukan Liverpool.

“Dari sudut ego, tidak bagus buat kami kerana mereka adalah pasukan yang sangat kuat dalam pertandingan.

“Namun Arsenal adalah kelab yang fantastik dan sebagai seorang peminat bola sepak, saya berasa senang melihat mereka dalam suasana hari seperti ini,” kata Klopp dipetik dari Goal International.

Klopp juga menilai bekas anak buahnya semasa di Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang yang memilih untuk kekal di Arsenal.

Dia senang melihat Aubameyang kekal di Emirates, namun penglibatan pemain asal Gabon itu jelas menyusahkan Liverpool.

“Seorang pemain yang saya sangat kenal yang memberi komitmen tinggi untuk kekal menyarung jersi Arsenal. Namun ia agak pahit.

“Maksud ‘pahit’ saya ia adalah berkaitan dengan keputusan Aubameyang memperbaharui kontrak bersama Arsenal

“Kami harus menghadapi dia, ini membuat kerja rumah kami jadi terasa lebih berat,” katanya.

Sebelum ini, Aubameyang dikhabarkan akan meninggalkan The Gunners pada musim panas ini. Namun dia memutuskan untuk bertahan dengan menandatangani kontrak baru berdurasi tiga tahun di Arsenal.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d