Bola Sepak

Devan yakin enam mata mampu diraih


Christie Jayaselan (kanan) dan K Gurusamy (dua,kanan) meledak gol membantu pasukan mengikat JDT.

PENGENDALI Petaling Jaya City FC, K Devan percaya skuad bimbingannya mampu meraih enam mata pada baki dua perlawanan akan datang seandainya terus mempamerkan aksi konsisten sebagaimana perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu.

Ujarnya, dia yang teruja melihat persembahan pemainnya mengharapkan mereka boleh memungut enam mata maksimum dalam dua aksi selepas ini, bertemu UiTM FC dan PDRM.

“ Saya cukup berbangga dengan pemain saya kerana menunjukkan tahap permainan bola sepak yang berbeza berdepan dengan pasukan terbaik di Liga Malaysia dan aksi hari ini bukan berat sebelah kepada sesiapa.

“ Jika pemain PJ City boleh kekalkan prestasi sebegini, saya yakin kami boleh mendapatkan kemenangan dalam dua perlawanan selepas ini dan perbaiki kedudukan carta liga, ” katanya.

Dalam perlawanan itu, gol jaringan PJ City disumbangkan Christie Jayaseelan pada minit-37 dan K. Gurusamy pada minit 45+1 manakala JDT menerusi Safawi Rasid pada minit-35 serta Gonzalo Cabrera pada minit-45+4 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d