Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Arteta akui perbezaan


Arteta mengakui pemainnya gagal mengimbangi rentak The Reds.

ARSENAL harus mengakui perbezaan kelas dan kualiti ketika tewas 1-3 dalam kunjungan ke Anfield, awal pagi tadi.

Liverpool terbukti masih terlalu liat untuk dikalahkan. Sejak awal musim, pasukan Mikel Arteta membawa semangat positif dalam permainan mereka di atas padang.

Arsenal berjaya merekod tiga kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, sayangnya rentak itu terhenti ketika bertemu Liverpool.

Buktinya, permainan jelas dikuasai Liverpool sepenuhnya. Arsenal tersekat dalam kawasan sendiri dan sukar mengimbangi permainan The Reds.

Pengurus The Gunners, Mikel Arteta menegaskan bahawa ketika ini Arsenal baru mula berkembang, baru mulai bekerja.

Berbeza dengan Liverpool yang sudah berada dalam tempoh matang setelah lima tahun di bawah Jurgen Klopp.

“Faktanya adalah mereka lebih hebat daripada kami pada banyak aspek. Anda boleh melihat itu pada beberapa peringkat pertandingan ini.

“Standard (permainan Liverpool) inilah yang ingin kami capai. Kami berada dalam perjalanan berbeza. Mereka telah bersama selama lima tahun, kami hanya beberapa bulan,” kata Arteta dipetik dari laman Premier League.

Tambah Arteta, keputusan ini menunjukkan jurang lebar yang harus diperbaiki Arsenal jika ingin mencapai level Liverpool. Arteta juga tidak mahu kekalahan ini membuatkan mereka hilang fokus.

“Mungkin kami mendapatkan pengajaran terbaik pada pertandingan ini. Tapi anda harus boleh memanfaatkan ketika mendapat peluang melawan mereka.

“Perjalanan kami masih lago panjang dalam banyak perkara,” tutupnya


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: