Antarabangsa Bola Sepak

Tiada masalah bagi Liverpool


PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool tidak berdepan masalah berdepan Arsenal selepas berjaya menundukkan lawan, 3-1 pada saingan di Anfield, sebentar tadi.

Turun tanpa kelibat Thiago Alacantra dan Jordan Henderson yang masih belum cergas sepenuhnya, anak didik Jurgen Klopp yang mendominasikan aksi pada 20 minit pertama bagaimanapun dikejutkan gol pelawat yang disempurnakan Alexandre Lacazette berpunca kesilapan pertahanan Liverpool, Andy Robertson pada minit ke 25.

Namun selang tiga minit kemudian, Sadio Mane yang sebelum itu memiliki beberapa peluang menjaringkan gol tidak menunggu lama untuk membuktikan ketajaman penyudah apabila menyamakan kedudukan.

Robertson yang melakukan kesilapan hingga menghadiahkan gol kepada Arsenal bagaimanapun menebusnya apabila menjaringkan gol pada minit ke 34 untuk meletakkan pasukan dihadapan sehingga tamat sepearuh masa pertama.

Memasuki babak kedua,Arsenal dilihat terus mempamerkan corak permainan bertahan dan hanya melakukan serangan balas turut memiliki beberapa peluang terhidang melalui Lazatett namun benteng terakhir Liverpool, Alison Becker bertindak cemerlang menafikan impian pelawat.

Pemain baharu Liverpool, Diego Jota yang masuk menggantikan Mane tidak menghampakan peminat apabila mencetak nama selaku penjaring gol ketiga buat pasukan (m-88) dan keputusan berkenaan kekal sehingga tamat perlawanan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d