Bola Sepak Semasa

Selesai sebelum 30 September

 

Muhammad Sanusi (dua kiri) ketika bertemu pemain-pemain Kedah sebelum aksi menentang Sabah bagi saingan Liga Super di Cheras, Isnin lalu. FOTO KFA

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor percaya pihaknya mampu melengkapkan proses penswastaan kelab bola sepak seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 30 September ini.

Menurutnya, kebanyakkan dokumen telah pun disiapkan seperti apa yang telah diminta oleh FAM dalam proses memisahkan pengurusan persatuan kepada pengurusan sebuah kelab.

” Proses penswastaan kelab telah mencapai 98 peratus dokumen yang diperlukan dan hanya tinggal beberapa dokumen sahaja lagi bagi menyelesaikan proses yang terakhir..

“Apabila jabatan-jabatan berkaitan dibuka semula pada 26 September selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran Kota Setar tamat, kita boleh selesaikan perkara selebihnya,”katanya.

Menurutnya, hanya tinggal beberapa dokumen sahaja seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang perlu diselesaikan.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed berkata, enam pasukan masih dalam proses untuk melengkapkan penswastaan FC iaitu Selangor, Kelantan dan Felda United FC yang sudah dalam peringkat akhir proses manakala Pahang, Pulau Pinang dan Kedah yang dalam peringkat pertengahan proses.

Mohd Firdaus turut memaklumkan, sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan-pasukan yang berkenaan tidak akan diterima untuk menyertai pertandingan kelab di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) jika layak, serta juga pertandingan domestik iaitu Liga Super dan Liga Premier musim 2021.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: