Antarabangsa Bola Sepak

Bayern Munich juara Piala Super UEFA


 

BAYERN Munich merangkul gelaran Piala Super UEFA selepas menewaskan juara Liga Europa, Sevilla.

Pemenang Liga Juara-Juara itu menang tipis 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Puskas Arena, Hungary, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Sevilla terlebih dulu meledak gol di minit ke-13 menerusi Lucas Ocampos hasil tendangan penalti.

Bayern bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-34, selepas Leon Goretzka merobek gawang Sevilla.

Memasuki babak kedua, Bayern memperoleh gol kedua minit ke-50 yang dilakukan Robert Lewandowski. Namun, gol tersebut dibatalkan pengadil wasit apabila Video Assistant Referee (VAR) menilai berlaku offside sebelum terjadinya gol.

Pemain gantian, Javi Martinez muncul wira Die Roten apabila jaringan masa tambahan membolehkan skuad dari Jerman itu menamatkan permainan dengan nota kemenangan.

Ia adalah gelaran kedua dimiliki Bayern, sejak kali terakhir kali mereka meraihnya adalah pada tahun 2013.

Bayern Munich: Manuel Neuer; Benjamin Pavard, Niklas Suele, David Alaba, Lucas Hernandez (Javi Martinez 99′); Leon Goretzka (Alphonso Davies 99′), Joshua Kimmich; Serge Gnabry, Thomas Mueller, Leroy Sane (Corentin Tolisso 70′); Robert Lewandowski.

Sevilla: Yassine Bounou; Sergio Escudero, Diego Carlos, Jules Kounde, Jesus Navas; Ivan Rakitic (Oliver Torres 56′), Fernando, Joan Jordan (Franco Vazquez 94′); Lucas Ocampos, Luuk de Jong (Youssef En-Nesyri 56′), Suso (Nmenja Gudelj 73′).


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d