Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Thiago resahkan pemain The Reds ?

Murphy memuji The Reds yang berjaya mendapatkan pemain berkelas dunia seperti Thiago.

KEHADIRAN Thiago Alcantara ke Liverpool telah mengubah dimensi baharu skuad yang dipimpin oleh Jurgen Klopp itu.

Dimasukkan pada babak kedua, Thiago tidak menunggu lama pada penampilan pertama selepas membantu The Reds meraih kemenangan 2-0 ke atas Chelsea, baru-baru ini

Thiago didatangkan khas dari Bayern Munich dengan nilai 30 juta pounds, harga yang dianggap murah. Dia masih berusia 29 tahun dan dipandang sebagai salah satu pemain terbaik di dunia saat ini.

Meski begitu, perpindahan Thiago dikatakan menimbulkan sedikit masalah. Ia seperti yang disampaikan bekas pemain Liverpool, Danny Murphy.

Murphy memuji The Reds yang berjaya mendapatkan pemain berkelas dunia seperti Thiago. Katanya, Thiago akan menjadi bintang baru dalam pasukan utama, bukan untuk pemain simpanan.

“Saya tak ragu-ragu Thiago Alcantara datang ke Liverpool sebagai pemain utama. Dia punyai karektor luar biasa, cekap dan boleh bermain di mana-mana bahagian tengah,” katanya dipetik Daily Mail.

Namun, menurut Murphy, kehadiran Thiago tidak akan boleh menggembirakan semua orang. Dia percaya ada segelintir pemain Liverpool yang kesal, minit permainan berkurangan dan akhirnya memilih untuk meninggalkan pasukan.

Ketika ini, ada seorang pemain yang khabarnya akan terkesan dengan perpisahanThiago, iaitu Georginio Wijnaldum. Bintang Belanda ini dikatakan sedang didekati Barcelona.

“Saya rasa kemungkinan penghijrahan Gini Wijnaldum sekarang sudah tidak boleh dielakkan, sebab Liverpool punyai tujuh atau lapan pemain untuk merebut tiga posisi.

“Ini bermakna, bakal ada terlalu banyak wajah muram demi menjaga keseimbangan skuad,” sambung Murphy.

1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: