Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool sambar Diogo Jota….


Liverpool sambar Diogo Jota

SELEPAS berjaya menyelesaikan pembelian Thiago Alcantara dari Bayern Munich, Liverpool terus bernafsu mendapatkan pemain baharu.

Juara Inggeris itu mahu menyambar khidmat
Diogo Jota yang merupakan bintang Wolverhampton.

Dikhabarkan, Liverpool tengah berunding dengan Wolves untuk urusan perpindahan pemain sayap asal Portugal itu.

Seperti yang didedahkan oleh Fabrizio Romanio di laman Twitternya, Liverpool menghubungi ejen Jota, Jorge Mendes, dan terus mencapai kata sepakat.

Ciapan Romano biasanya sahih dan selalu dijadikan panduan semasa bursa perpindahan pemain dan dia mendedahkan rundingan sedang berjalan ketika ini.

Jika benar Jota ke Liverpool, ia sedikit sebanyak menutup para pengkritik bola sepak.

Sejak musim lalu kualiti The Reds terus diragui. Mereka masih sangat kuat terutama pada kesebelasan utama terbaik tetapi sedikit kurang ampuh pada pemain simpanan.

Kehadiran pemain seperti Jota diyakini boleh menambah bisa skuad Liverpool. Trio Salah-Mane-Firmino tetap menjadi pilihan utama, dan Jota dijadikan pilihan alternatif.

Jota masih muda, baru 23 tahun, tapi sudah menjadi pemain utama Wolves dan Liverpool bertuah memiliki pemain seperti ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d