Antarabangsa Bola Sepak

Kenapa Aubameyang tolak Barca

Alasan Aubameyang tolak Barcelona

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta tak terkejut melihat Pierre-Emerick Aubameyang yang menolak pinangan kelab lain seperti Barcelona.

Jelas Arteta, Aubameyang sedar The Gunners adalah pasukan yang luar biasa.

Aubameyang sebelum ini mahu angkat kaki kerana belum memperbaharui kontrak baharu di Emirates.

Pemain asal Gabon ini kemudian dikaitkan dengan beberapa kelab termasuklah Barcelona.

Blaugrana sendiri memerlukan pemain baharu untuk direkrut dalam misi membina pasukan, akan tetapi Aubameyang memilih kekal di Arsenal dengan menandatangani kontrak baru berdurasi tiga tahun.

Dia akan mendapat gaji mingguan 250,000 pounds dan boleh mencecah sampai 350,000 ribu pounds serta bonus.

Keputusan Aubameyang ini disambut gembira oleh Arteta, yang sejak awal lagi yakin penyerangnya akan kekal bertahan.

“Saya fikir alasan utama mengapa Auba bertahan adalah kerana kami memiliki pasukan bola sepak yang luar biasa.

“Kami memiliki beberapa orang fantastik
yang bekerja di sini dan dia dapat sokongan dari para peminat,” katanya kepada Goal.

Aubameyang telah melakukan 111 kali penampilan untuk Arsenal dan meledak 72 gol.

Terbaru, dia juga sudah menjaringkan satu gol pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris ketika menentang Fulham.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: