Bola Sepak Semasa

Masalah tunggakan gaji pemain Kelantan selesai

BEKAS pemain dan jurulatih Kelantan kini mampu tersenyum apabila tunggakan gaji mereka pada 2017 hingga 2019 telah berjaya dilunaskan pengurusan baharu Kelantan FC, semalam.

Menerusi siaran media dikeluarkan The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, sebentar tadi, masalah tunggakan gaji barisan pemain dan pegawai Liga Premier yang tertunggak enam bulan sebelum ini juga telah dilunaskan.

“Sebagai badan pengurusan baru untuk Kelantan FC berkuatkuasa pada 3 September 2020, TRW komited untuk memastikan kebajikan pemain dan pegawai kami untuk membina semangat dan persembahan berpasukan yang tinggi.

“TRW ingin mengumumkan bahawa kami telah berjaya menyelesaikan semua gaji tertunggak untuk bekas pemain dan pegawai Kelantan FC mulai 2017, 2018 dan 2019 pada 17 September 2020.

“Mereka terdiri Khairul Fahmi Che Mat, Brendan Gan, Sathit Bensoh, Flavio Beck Junior, Bruno Lopez, Alaeddine Bouslimi, Alessandro Padovani Celin, Limam Seydi, Mohd Hisham Jainuddin, Mohd Hashim Mustapha, Faris Shah Rosli, Mohd Nor Farhan Mohamad, Yusri Che Lah, Mohd Badhri Mohd Radzi dan Amiridzwan Taj Tajudin.

“Selain itu, kami juga berjaya menyelesaikan tunggakan 6 bulan terakhir gaji untuk gaji pemain dan pegawai Liga Premier pada hari ini,” ujar kenyataan tersebut.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: