Bola Sepak

‘Kami datang bukan untuk kalah’


Barisan pemain Selangor menjalani latihan menjelang aksi getir menentang JDT, malam esok. (Foto : FB Selangor FA)

” Saya akui JDT pasukan yang kuat namun kami hadir bukan untuk menyerah kalah,” itulah kata-kata pengendali Selangor, B Sathianathan menjelang pertembungan getir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Tidak gemar bercakap dongeng dan berkata sesuatu yang benar, Sathianathan melihat di atas kertas skuad bimbingan Benjamin Mora adalah pasukan kuat dan akan cuba sedaya upaya mencari jalan bagaimana untuk bermain dengan lawan.

“Berdepan JDT memang sukar untuk Selangor. Mereka menang besar 7-0 ke atas Perak dan menang di tempat lawan menentang Terengganu FC (TFC).

“Di atas kertas, memang mereka pasukan yang kuat. Tetapi kita akan cuba kerana kita bukannya datang ke sana untuk menyerah dan mahu kalah. Kita akan cuba sedaya upaya dan mencari jalan bagaimana untuk bermain menentang JDT,” jelasnya.

Kehadiran Selangor malam esok sedikit tempang selepas kehilangan pemain tengah, Brendan Gan yang digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika bertemu Melaka.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: