
MENJELANG aksi tumpuan Chelsea menentang Liverpool di Stamford Bridge, Ahad ini, tumpuan kini bukan kepada 22 pemain yang bakal menggalas cabaran meraih tiga mata tetapi watak Frank Lampard dan Jurgen Klopp.
Perang mulut diantara dua pengendali ini semakin ketara di akhbar-akbar dengan masing-masing menyatakan pendirian untuk memastikan tindakan diambil adalah bertepatan khususnya dalam membina sebuah pasukan yang mantap.
Jika dilihat perwatakan Lampard ia umpama jelmaaan bekas pengendalinya, Jose Mourinho yang sentiasa lantang memberikan komen sebelum, semasa mahu pun selepas perlawanan.
Bos Blues itu menyatakan dengan jelas rasa tidak gembira terhadap Klopp dan kakitangan Liverpool ketika saingan terakhir musim lalu di Anfield dan ia tidak terhenti disitu apabila Klopp memberi komen mengenai perbelanjaan skuad Lampard dengan mengatakan Liverpool “tidak boleh menjadi seperti Chelsea”.
Lampard tidak berdiam diri dan menyatakan dia “geli” berbanding menyesal sambil merujuk kepada kehadiran Sadio Mane, Virgil van Dijk, Mo Salah, Roberto Firmino, Alisson dan bintang lain dibawa Klopp.
Namun apa yang penting ialah BIRU atau MERAH…
Add Comment