Antarabangsa Bola Sepak

Bayern kembali buru Hudson-Odoi

Bayern dikatakan bersedia menjalankan rundingan dengan Chelsea untuk memujuk mereka supaya melepaskan Hudson-Odoi. / (Photo by ADAM DAVY/POOL/AFP via Getty Images)

GERGASI Bundesliga, Bayern Munich dikhabarkan kembali menunjukkan minat untuk mendapatkan Callum Hudson-Odoi dari Chelsea.

Menjadi salah satu pemain akademi Chelsea yang berhasil menembusi pasukan utama, Hudson-Odoi dicanang-canang menjadi bintang baharu The Blues.

Namun, krisis kecederaan berpanjangan membuatkan perkembangan karier Hudson-Odoi di Chelsea agak terbantut.

Musim lalu, pemain 19 tahun itu bermain dalam 33 perlawanan dengan mencetak tiga gol.

Hudson-Odoi bukanlah sasaran baru bagi Bayern. Tahun lalu, kelab Bavaria itu juga sempat mencuba mendekati penyerang sayap antarabangsa Inggeris tersebut.

Setelah usaha pertama mereka gagal, Bayern rupa-rupanya belum mahu menyerah.

Dipetik Daily Mail, Die Roten kembali merayu Hudson-Odoi agar bersedia datang ke Jerman.

Bayern dikatakan bersedia menjalankan rundingan dengan Chelsea untuk memujuk mereka supaya melepaskan Hudson-Odoi sebelum jendela perpindahan pemain musim panas ini ditutup.

Peluang Bayern Munich untuk mendapatkan Hudson-Odoi diyakini cukup terbuka luas berhubung masa depan yang tidak menentu di Chelsea.

Hudson-Odoi baru-baru ini menemui Frank Lampard. Dia meminta penjelasan statusnya di skuad Chelsea musim ini, terutama setelah kedatangan Hakim Ziyech dan Kai Havertz.

Hudson-Odoi difahamkan meminta untuk dilepas agar boleh mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Sementara itu, Chelsea dilaporkan membenarkan Hudson-Odoi untuk berpindah dengan status pinjaman.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: