Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Torres mahu Liverpool juara EPL lagi

KEJAYAAN yang dinikmati Liverpool saat ini termasuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) turut dirasai bekas pemainnya, Fernando Torres.

Malah, dia berharap bekas pasukannya itu meraih gelaran yang lebih banyak selepas ini.

Pasukan Jurgen Klopp juga muncul juara bola sepak Inggeris itu dengan cara yang istimewa. Mereka berkelebihan 18 mata berbanding pencabar terdekatnya, Manchester City.

Torres menghabiskan tiga setengah musim di Anfield dengan menghasilkan 81 gol daripada 142 pertandingan. Namun, dia gagal meraih gelaran juara ketika menyarung jersi The Reds.

“Saya gembira apabila Liverpool memenangi EPL, begitu juga para penyokong. Saya tahu betapa pentingnya bagi mereka untuk memenangi liga.

“Bahkan ketika mereka memenangi Liga Juara-Juara musim sebelumnya, jelas itu adalah pencapaian besar.

“Anda bermain untuk Liverpool dan berhubungan dengan orang-orang di sana, anda tahu betapa pentingnya bagi mereka untuk menjulang kembali EPL,” kata Torres kepada talkSPORT.

Liverpool memulakan kempen mempertahankan gelaran juaranya dengan mengalahkan Leeds United pada akhir minggu lalu.

Malah, Torres yakin Liverpool boleh meraih gelaran EPL lebih banyak di tahun-tahun akan datang.

“Setelah 30 tahun, mereka melakukannya dan mereka melakukannya dengan cara yang menakjubkan,” katanya lagi

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: