Bola Sepak

Cabaran buat Hazim


Hazim melihat mendapatkan minit permainan dalam saingan bola sepak negara adalah cabaran buat pemain muda.
PENYERANG muda Melaka United, Hazim Abu Zaid melihat peluangnya membarisi skuad adalah satu cabaran positif dan tekad membuktikan kemampuan kepada pengurusan.
Baginya, mendapatkan minit permainan dalam saingan bola sepak negara adalah cabaran buat pemain muda dan ia dijadikann satu motivasi buat dirinya.
“Saya sentiasa bersedia dalam menantikan peluang beraksi dalam saingan kompetitif, untuk mendapatkan minit permainan dalam saingan teratas bolasepak negara adalah satu cabaran buat pemain-pemain muda.
“Untuk merebut tempat bermain dalam perlawanan kompetitif seperti Liga Super, saya perlu berusaha lebih keras dan sentiasa memperbaiki prestasi dari masa ke semasa.
“Tunjuk ajar daripada pemain-pemain senior serta barisan jurulatih banyak memberikan motivasi dan saya akan terus memberikan komitmen 100 peratus di dalam dan luar padang demi pasukan,” ujarnya dipetik pada lama rasmi Facebook Melaka United Soccer Association (MUSA).

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: