Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Mbappe positif Covid-19

KEM Paris Saint-Germain (PSG) terus menyaksikan pertambahan angka Covid-19 apabila tiba giliran penyerang mudanya, Kylian Mbappe, yang diuji positif Coronavirus.

Mbappe,21 dijangkiti virus itu ketika bersama dalam skuad kebangsaan Perancis yang dalam persiapan menentang Croatia Kumpulan A3 Liga Negara-Negara UEFA.

“Kylian Mbappe tidak akan diturunkan pada pertemuan Perancis dan Croatia, Selasa malam (awal pagi esok) di Stade de France.

“Hasil ujian Covid-19 yang dilakukan UEFA pada Isnin pagi (7 September) didapati positif. Dia terus dikeluarkan dari pasukan pada akhir sesi latihan, sebelum kembali ke rumahnya pada sebelah malam

“Seluruh pasukan, termasuk Kylian Mbappe telah menjalani ujian sebelum pertandingan pada Rabu lalu. Keputusannya negatif ketika diminta UEFA, semasa pertandingan Sweden bertemu Perancis,” kata kenyataan rasmi FFF.

Sebelum itu, Mbappe boleh bermain ketika menentang Sweden. Bahkan, penyerang PSG itu menjadi penentu kemenangan Les Bleus menerusi gol lewat permainan.

Bagi PSG sendiri, khabar terbaru ini sudah tentu menambahkan situasi buruk dalam skuadnya.

Ini kerana, enam pemainnya juga telah dijangkiti, iaitu Neymar, Angel Di Maria, Leandro Paredes, Mauro Icardi, Keylor Navas, dan Marquinhos.

PSG sendiri dijadualkan memulakan saingan Ligue 1 2020/2021 dengan menghadapi Lens pada Khamis ini.

Namun, perlawanan itu berpotensi ditunda, kerana mengikut peraturan Ligue 1, jika ada pasukan yang mempunyai tiga pemain diuji positif corona akan segera dianjakkan ke tarikh lain.

Sebelumnya, aksi pembukaan Ligue 1 2020/2021 juga berlaku sedemikian. Pertandingan Marseille dan Saint Etienne juga ditunda kerana tuan rumah memiliki empat pemain yang terjangkit virus dalam skuadnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: