Bola Sepak Semasa

KL temui lawan sebenar, Kelantan perlu buktikan

Kuala Lumpur terus memberi tekanan kepada peneraju Liga Premier, Pulau Pinang.

AKSI lebih mencabar menanti pasukan Kuala Lumpur dalam dua perlawanan seterusnya tatkala mereka ketika ini menghuni tangga kedua saingan Liga Premier 2020 tanpa sebarang kekalahan selepas mengharungi 6 perlawanan.

Skuad kendalian Nidzam Adzha Yusof terus memberi tekanan kepada pendahulu liga Pulau Pinang selepas menang 2-0 ke atas Kelantan United,Jumaat lalu dan mereka kini berkongsi 14 mata dengan Pulau Pinang namun dibezakan dengan jumlah jaringan.

Walau bagaimanapun, bekas pengendali Kedah itu menjangkakan kedudukan mereka itu tidak akan bertahan lama sekiranya barisan pemain tidak meneruskan usaha keras bagi menghadapi dua perlawanan akan datang apabila bakal berdepan Terengganu FC II (TFC II) pada Jumaat ini dan Pulau Pinang pada Sabtu depan.

Ini kerana kedua-dua pasukan lawan tersebut dalam momentum terbaik untuk mencalar rekod bersih tanpa kalah Kuala Lumpur terutaman TFC II yang hanya dibezakan dua mata sahaja untuk kini berada di tangga ketiga liga.

Bagi Nidzam Adzha, kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United ini merupakan keputusan memuaskan untuk kami dan ini kali pertama kami tidak dibolosi sebarang gol selepas 6 perlawanan berlangsung.

“Memandangkan Kuala Lumpur belum lagi tewas, dua perlawanan akan datang selepas ini pastinya akan sangat getir untuk kami kerana akan menentang TFC II dan Pulau Pinang.

“Kedudukan TFC II tidak jauh dengan pasukan kami, jadi mereka pasti akan melawan habis-habisan, dan selepas itu Pulau Pinang juga masih kekal dengan kemenangan berterusan, dan dua perlawanan ini pasti tidak mudah untuk kami.

“Tetapi Alhamdulillah setakat ini secara keseluruhan pasukan berada di landasan yang betul dalam harungi musim 2020 dan diharapkan barisan pemain dapat mengekalkan momentum yang ada selepas ini,” jelasnya.

Kelantan berdepan laluan getir apabila menanti kunjungan Perak 2 yang membelasah Kuching FA, 5-1 sebelum ini.

Selain itu, antara aksi yang turut mencuri tumpuan minggu lalu adalah pasukan Kelantan yang baru sahaja mendapat tonik terbaik selepas sah menjadi milik pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman yang melabur sebanyak RM6.8 juta untuk menjadi pemilik saham pasukan tersebut.

Pulang seri tanpa jaringan ketika menentang Selangor 2, skuad kendalian Yusri Che Lah mengingatkan para pemain untuk lebih bijak menggunakan peluang yang ada bagi berdepan lawan seterusnya selepas ini dan perlu memanfaatkan lagi baki 5 perlawanan yang ada untuk terus perbaiki kedudukan liga.

“Pasukan ketika ini di tangga ke 8 dan saya ingin memohon maaf kepada pemilik, Norizam yang hadir ke stadium untuk melihat perlawanan dan pastinya mengharapkan kemenangan daripada kami.

“Cuma, sepatutnya kita boleh menang dalam aksi tersebut, dan untuk itu, saya mahu pemain menggunakan peluang sebaiknya dalam perlawanan akan datang menentang Perak II kerana banyak kesilapan yang perlu diperbaiki selain kehilangan beberapa tonggak utama pasukan,” katanya.

Selain itu, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) masih perlu bekerja keras untuk mendaki kedudukan liga apabila berada di tangga keempat dan dibezakan satu mata dengan TFC II yang kini di kedudukan ketiga manakala Selangor 2 di tempat kelima.

Jadual perlawanan Liga Premeir minggu ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: