Bekas jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Alfred Riedl meninggal dunia pada usia 70 tahun, semalam
Jurulatih kelahiran Austria itu dikhabar menghidap kanser dan sudah lama berjuang melawan penyakit tersebut.
Riedl cukup sinonim dengan bola sepak Indonesia apabila pernah tiga kali mengemudi pasukan negara itu iaitu pada tahun 2010-2011, 2013-14 dan 2016-2017.
Begitu pun kejayaan paling manis bagi Riedl, anak kelahiran Wina adalah membawa skuad Garuda mara ke pentas akhir Piala AFF Suzuki sebanyak dua kali iaitu 2010 dan 2016.
Riedl hampir mengendalikan kelab Persebaya Surabaya dalam saingan Liga Utama Indonesia pada tahun ini namun memutuskan berundur atas faktor masalah kesihatan.
Tempatnya digantikan dengan Wolfgang Pikal, juga jurulatih dari Austria namun tidak bertahan lama membimbing kelab berkenaan.
Selain Indonesia, Riedl juga pernah melatih beberapa pasukan di rantau Asean seperti Vietnam dan Laos.
Add Comment