Bola Sepak Semasa

Luqman serasi bersama skuad utama

Luqman menjaringkan gol sulung dalam penampilan pertama bersama skuad utama kelab KV Kortrijk. (Foto : KV Kortrijk)

“PERLAWANAN pertama sangat baik bagi saya. Sukar untuk saya kerana kali pertama bermain di Eropah. Tapi ia bagus kerana saya boleh belajar banyak perkara.

“Sudah pasti saya gembira (menjaringkan gol) kerana ia kali pertama untuk skuad utama. Saya gembira kerana rakan sepasukan sentiasa menyokong saya dan saya perlu berusaha keras dan tidak putus asa,” itulah kata-kata keyakinan dan semangat membara dipamerkan penyerang muda sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin  apabila menjaringkan gol sulung dalam penampilan pertama bersama skuad utama kelab KV Kortrijk.

Menerusi video yang disiarkan kelab terbabit di laman sosial mereka, pemain berusia 18 itu mengakui gembira apabila berjaya menyumbang jaringan sulung bersama skuad utama.

Jaringan yang dihasilkan berkenaan walaupun pada aksi persahabatan kelab namun ia dianggap suntikan berguna dan memberikan kepercayaan pasukan untuk terus menyenaraikkan dalam skuad utama pasukan.

Pada aksi persahabatan itu, KV Kortrijk menewaskan BX Brussels 2-1 dalam perlawanan berlangsung di Belgium.

Ini merupakan gol kedua pemain bawah 19 tahun (B-19) negara selepas meledak gol pertama di bumi Eropah bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk ketika pasukan itu tewas 1-4 kepada KRC Gent minggu lepas.

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: