Badminton Semasa

Lee Zii Jia ketuai cabaran negara

B1C5F9D8-49AF-4B1C-BAFA-F72DA508C167

Pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia mengetuai cabaran Malaysia dalam kempen Piala Thomas yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark, bermula 3 hingga 11 Oktober depan.

Senarai pemain yang membarisi skuad negara bagi pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber 2020 itu diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini.

Turut tersenarai bersama Zii Jia yang kini menduduki rangking ke-10 dunia adalah pemain profesional, Liew Daren selain Cheam June Wei dan Leong Jun Hao.

Pasangan beregu nombor satu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut disenarai menggalas misi besar negara bersama Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rusmani.

BAM turut mengumumkan beregu profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tidak menyertai skuad kebangsaan atas sebab komitmen peribadi.

Sementara itu, skuad Piala Uber mempertaruhkan gandingan pemain remaja dan berpengalaman, Soniia Cheah, S Kisona, Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan dalam acara perseorangan.

Manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan Pearly Tan-M Thinaah disenaraikan dalam acara beregu.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama musuh tradisi, Indonesia yang merupakan juara 13 kali, selain Belanda dan England.

Skuad wanita negara pula berdepan tugas sukar apabila diundi dalam Kumpulan B, bersama Korea Selatan, Indonesia dan Australia.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali – 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992, manakala skuad wanita belum pernah meraih sebarang kejuaraan Piala Uber sejak diperkenalkan pada 1957 di England.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: