Antarabangsa Bola Sepak

Depay dapat lampu hijau sertai Barcelona

IMG_20200907_084931

JURULATIH Lyon, Rudi Garcia merelakan Memphis Depay untuk bergabung dengan Barcelona sekaligus meluaskan kariernya di La Liga.

Depay dilaporkan menjadi buruan Barcelona yang kini di bawah regim baharu bimbingan Ronald Koeman.

Koeman dan Depay sebelum ini pernah berkolaborasi dalam pasukan kebangsaan Belanda. Selain itu, Depay juga amat diperlukan El Barca kerana boleh bermain dalam pelbagai posisi di bahagian depan iaitu di posisi sayap, penyerang kedua, pemain serangan

Dipetik laporan dari AS, Barcelona dikhabarkan sudah menyiapkan dana 25 juta euro untuk menebus Depay dari Lyon.

Depay memang diperlukan Barcelona yang disebut-sebut untuk menggantikan Luis Suarez yang kini hangat digosipkan bakal ke Juventus.

Malahan, kem Lyon tidak akan menghalang Depay jika pemain kelahiran Moordrecht ini ingin menghampiri ke Camp Nou.

Garcia mengakui sedia merelakan Depay bergabung dengan Barcelona. Bekas jurulatih AS Roma itu juga gembira sekiranya Depay bergabung dengan kelab besar yang mungkin akan memberikannya gelaran Liga Juara-Juara

“Saya membaca media Catalan pagi ini. Mereka bercakap tentang Memphis, tetapi mereka juga mengatakan Luis Suarez belum pergi. Ada juga berita Lionel Messi yang ingin pergi, tapi kemudian tetap bertahan di kelab. Jadi mungkin tidak ada tempat untuk pemain lain.

“Memphis adalah pemain top, pemain fantastik yang baru saja kembali dari pembedahan ligamen. Jika dia tetap bersama di Lyon musim ini, kami akan menjadi lebih kuat.

“Namun, jika dia mendapatkan kesempatan bermain di kelab yang boleh memenangi Liga Juara-Juara, dan mendapatkan banyak minit bermain, saya akan menghantarkannya ke sana,” ujar Garcia dipetik dari Telefoot.

Depay sendiri musim lalu mampu membawa Lyon ke separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum pasukannya dikalahkan Bayern Munich yang muncul pemenang.

Pencapaian Depay tersebut disifatkan luar biasa kerana dia sebelum ini berehat lama akibat kecederaan Cruciate Ligament Rupture (ACL).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: