Bola Sepak Terkini

Pemain TRW bakal digugurkan


ZamSaham mengingatkan pemain TRW agar memberikan prestasi terbaik pada baki lima perlawanan akan datang.

 

PEMILIK baharu The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman tidak teragak-agak mengugurkan pemain yang gagal memberikan prestasi terbaik setimpal dengan gaji yang diraih bagi memastikan Kelantan meraih kemenangan pada baki lima perlawanan Liga Premier akan datang.

Jelasnya, selaku pemilik yang telah berkorban menyelesaikan masalah kewangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini tiba giliran pemain pula membuktikan kemampuan beraksi di atas padang.

“Saya telah lakukan pengorbanan , pemain kena berikan sepenuhnya pada setiap perlawanan, ada lima perlawanan seterusnya, kita perlu memang dan tidak kalah.

” Mungkin saya akan membuat pertukaran dalam pasukan ini. Buat apa kita simpan pemain yang dibayar gaji mahal tapi aksi tidak setimpal. Gaji pemain Kelantan bukannya murah dan kita juga tiada sumber pendapatan lain.

“Mereka memiliki gaji yang lumayan jadi mereka perlu memberikan persembahan terbaik,” ujarnya kepada Stadium Astro, selepas aksi menentang Selangor 2.

Pada perlawanan berkenaan, Kelantan sekadar membawa pulang satu mata selepas seri 0-0 walaupun mendominasi permainan selain kegagalan pemain importnya Lazarus Kaimbi menyempurnakan sepakan penalti dan kelebihan beraksi dengan seorang pemain ekoran pemain lawan dilayangkan kad merah.

Selepas ini Kelantan bakal menanti kunjungan Perak 2 pada 12 September kemudian terbang ke Sarawak menentang Kuching FA pada 20 September dan menanti kehadiran Sarawak United di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu selang lima hari kemudian.

Skuad bimbingan Yusri Che Lah bakal menamatkan saingan Liga Premier dengan menentang Negeri Sembilan (3 Oktober ) dan Johor Darul Ta’zim 2 pada 9 Oktober 2020.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d