Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool belasah Blackpool 7-2

Screenshot_20200906_064738

JUARA Liga Perdana Inggeris, Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Blackpool 7-2 dalam aksi persahabatan di Anfield, malam tadi.

Pelawat mendahului 2-0 dalam tempoh 33 minit CJ Hamilton dan Yates sebelum The Reds menunjukkan belang sebenar.

Dua minit sebelum babak pertama berakhir, Joel Matip mengurangkan defisit gol selepas tandukannya menggegarkan jaring Blackpool. Kedudukan 2-1 kekal hingga pengadil meniupkan wisel tanda berakhirnya babak pertama.

Ketinggalan satu gol di babak pertama, Liverpool terus mengubah tempo permainan.
Baru tujuh minit aksi berjalan, Sadio Mane menyamakan kedudukan menerusi tandukan selepas memanfaatkan bola muntah di depan kotak penalti.

Dua minit berselang, giliran Roberto Firmino yang mencatatkan namanya di papan jaringan. Liverpool kembali unggul dengan kedudukan 3-2.

Di minit 69, Liverpool kembali menambah gol. Kali ini, pemain gantian, Harvey Eliott berjaya mencatatkan namanya hasil umpanan Divock Origi.

Liverpool tidak menurunkan tempo serangan. Dua minit selepas gol ELiott, giliran Minamino yang mencetak gol memanfaatkan hantaran dari Firmino.

Lima minit sebelum perlawanan tamat, Liverpool menambah lagi gol, kali ini daripada Divock Origi. Keputusan 7-2 kekal sehingga perlawanan berakhir.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: