Bola Sepak Semasa

Dollah kecewa lagi

Dollah ternyata kecewa dengan kesilapan sama dilakukan penjaga gawangnya hingga menyebabkan tewas 0-1. (Foto : FB Pahang FA)

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh ternyata kecewa dengan kesilapan berulang dilakukan penjaga gawangnya, Sharbinee Allawee Ramli yang bertindak keluar dari kawasan penalti dan gagal mengeluarkan bola hingga membuka ruang kepada Uitm meraih tiga mata penuh pada pertembungan di Stadium UiTM, Shah Alam, malam tadi.

Ini bukanlah kesilapan pertama kerana sebelum ini Sharbinee Allawee pernah bertindak sedemikian pada aksi menentang JDT yang menyebabkan pasukan berputih mata dengan kekalahan 2-3 dan pada malam tadi kesilapan tersebut dimanfaatkan pemain tuan rumah, Rafie Yaacob untuk meledak gol kemenangan UiTM pada minit ke-63.

Ujar Dollah, kekalahan 0-1 begitu mengecewakan dirinya selain ia berpunca dari kesilapan yang sama pernah dilakukan penjaga gawangnya itu.

“Kecewa sebab gol lebih kurang sama dengan apa berlaku ketika menentang JDT, betul-betul kecewa , itulah kalah 0-1. Hari ini sebelum perlawanan pun syaa agak khuatir dengan pasukan kerana ramai pemain cedera.

“Saya membuat keputusan nekad meletakkan Dickson Nwakaeme di posisi serangan dan gagal menunjukkan prestasi sebenar ekoran belum pulih dari kecederaan. Kita cuba keluarkan dia dan masukkan pemain muda tetapi dalam keadaan tertekan masing-masing gagal melakukan tanggungjawab dan bermain sebagai satu pasukan,” ujarnya.

Pahang berada di tangga ke lapan liga selepas berakhirnya enam perlawanan.

 

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut dialami skuad Tok Gajah selepas Liga Malaysia (Liga M) bersambung semula apabila turut tewas 2-3 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu.

Walaupun cuba bangkit mencari gol penyamaan, kegagalan anak buah Dollah Salleh menyudahkan beberapa peluang menyaksikan keputusan 1-0 memihak UiTM kekal hingga tamat permainan.

Mengulas aksi pasukannya, Dollah mengakui persembahan anak didiknya serba tidak menjadi khususnya dibahagian tengah dan serangan walaupun pada awal 15 minit pertama keghairahan menjaring gol jelas kelihatan.

“Tengah dan penyerang serba tidak menjadi, biasanya 15 minit pertama kita memang bermula agak perlahan tetapi kali ini sebaliknya namun selepas itu pemain hilang punca dan banyak melakukan hantaran yang tidak tepat.

“Mungkin disitu pemain hampa dan nampak perubahan pada pasukan. Saya mungkin akan rombak sedikit pasukan dengan keadaan Dickson dan Ivan Carlos pun masih cedera selain ketiadaan Mohamadou Sumareh,” tegasnya.

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: