Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool ‘gila’ jika jual Wijnaldum


IMG_20200905_162447

LIVERPOOL disarankan supaya tidak untuk menjual pemainnya, Georginio Wijnaldum ke Barcelona. Jika perkara ini terjadi, maka The Reds dianggap sebagai gila kerana melepaskan pemain kuncinya.

Wijnaldum kini dikaitkan akan berpindah ke Barcelona. Pemain berusia 29 tahun itu dikatakan menjadi sasaran utama jurulatih baharu Barcelona, Ronald Koeman pada awal musim 2020/2021 ini.

Sudah ada bantahan dari pihak Wijnaldum. Namun, seperti biasalah, spekulasi terus berkembang. Memetik The Mirror, Barcelona dan Liverpool sudah bersepakat nilai perpindahan Wijnaldum sebenar yang berjumlah 18 juta pounds.

Liverpool juga dah ada perancangan lain jika kehilangan Wijnaldum. Mereka akan menggunakan wang hasil penjualan itu untuk membeli Thiago Alcantara, pemain yang sangat diinginkan Jurgen Klopp berpindah ke Liverpool.

Pakar penganalisis bola sepak Inggeris, Paul Merson, menilai menjual Wijnaldum bukan keputusan yang bijak untuk Liverpool. Alasannya, pemain asal Belanda itu menjadi kunci di sebalik kejayaan Liverpool juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

“Liverpool akan gila jika melepaskan Wijnaldum dan dia gila jika berpindah.

“Mereka baru saja memenangi gelaran liga pertamanya, mereka juara Liga Juara-Juara. Mereka salah satu pasukan terbaik,” ujar Paul Merson dipetik dari talkSPORT.

Wijnaldum kerap membarisi bahagian tengah skuad Liverpool dalam tiga musim terakhir ini. Peranannya sangat efektif dan dia boleh menjadi satu kehilangan besar jika Liverpool memilih untuk melepasnya.

Bagaimanapun, Merson tidak meragui peranan penting Wijnaldum. Namun, dia fikir bekas pemain Newcastle itu tidak mendapat penghargaan yang cukup di Liverpool.

“Peranannya acap kali diabaikan begitu saja walaupun dia sebenarnya sangat penting.

“Dia pemain yang baik dan hasil kerjanya luar biasa. Menurut saya, dia diremehkan. Tidak mendapatkan penghargaan yang cukup,” kata Merson.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d