KELAB Liga Perdana Inggeris, Chelsea secara rasmi memperkenalkan penyerang mudanya, Kai Havertz yang dibawa khas dari Bayer Leverkusen.
Khabar angin mengenai kedatangan Havertz ke Chelsea sudah bertiup kencang sejak beberapa bulan yang lalu. Setelah tertunggu-tunggu, proses dokumentasi pemain 21 tahun itu akhirnya lengkap.
Malam tadi, laman rasmi kelab mereka, Chelsea FC menyatakan bahawa Havertz bersetuju mengikat kontrak berdurasi lima musim atau sehingga musim 2025.
Meskipun tak didedahkan secara terperinci, akan tetapi media-media Inggeris menyebut bahawa Chelsea harus mengeluarkan kantung kewangan lebih 72 juta poundsterling untuk merekrut Havertz
Malah, Havertz tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira selepas memegang status sebagai pemain yang beraksi di kelab besar seperti Chelsea.
“Saya sangat senang dan bangga boleh berada di sini. Bagi saya bermain di kelab besar seperti Chelsea merupakan mimpi yang menjadi kenyataan.
“Saya tak sabar untuk bertemu semua pemain dan para jurulatih. Ya, saya sangat teruja boleh berada di sini! ,” ujar Havertz yang juga pemain kebangsaan Jerman tersebut,
Pembelian Havertz menunjukkan Chelsea tidak main-main dalam bursa perpindahan pemain musim panas ini. Dia menjadi pemain baharu keenam untuk The Blues.
Sebelum ini, Chelsea sudah berjaya membawa masuk pemain penyerang seperti Hakim Ziyech, Timo Werner, Ben Chilwell, Thiago Silva hingga Malang Sarr.
Menarik untuk kita menyaksikan barisan penuh bintang Chelsea yang kini di bawah asuhan Frank Lampard pada musim 2020-21 ini nanti !
Add Comment