Bola Sepak Terkini

Kerja keras MU berbaloi, TFC akur kekalahan


 

Uche Agba (kanan) meledak gol tunggal dan kemenangan pasukan mengatasi TFC.

KERJA keras Melaka United (MU) dalam tempoh dua bulan sebelum ini akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya meraih kemenangan berturut-turut selepas saingan Liga Malaysia bersambung 29 Ogos lalu.

Membawa pulang tiga mata dari Ipoh hasil kemenangan 1-0 di tempat lawan selain kejayaan mencalarkan rekod bersih Terengganu FC dengan kemenangan 1-0 di Stadium Hang Jebat malam tadi, anak didik Zainal Abidin Hassan ternyata berjaya menerima perubahan drastik taktikal yang diterapkan.

Bagi Zainal, dua kemenangan berturut-turut ini begitu berharga terutamanya selepas pasukan dipotong tiga mata sebelum ini menyebabkan pasukan berada dalam kedudukan bahaya dalam saingan Liga Super musim ini.

“Memang ada perubahan drastik taktikal yang kami lakukan, ternyata usaha dan latihan selama dua bulan sebelum ini memberikan impak kepada pasukan terutamanya tahap pertahanan disiplin yang tinggi.

“Kerja keras dua bulan mengikut acuan yang diharapkan, pemain jelas menjalankan tugas sebagaimana dirancang. Selain itu kedudukan kita juga memberikan motivasi buat semua pemain untuk bangkit meraih kemenangan,” jelasnya.

Sementara itu, Nafuzi Zain menerima kekalahan skuad bimbingannya dan mengakui aksi menentang tuan rumah bukan satu tugas mudah.

“Pemain telah berusaha, mencipta ruang dan peluang namun keadaan padang yang licin memberi kesan kepada pemain, apa pun tahniah buat Melaka United yang meraih tiga mata, mungkin ini rezeki mereka.

“Secara peribadi saya berpuas hati dengan aksi pemain walaupun berdasarkan keputusan kita tewas,” ujarnya.

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah memperolehi gol tunggal kemenangan hasil jaringan Uche Agba pada minit ke-61 selepas menerima hantaran lintang Sony Norde .

Kemenangan mengatasi lawan yang berada di tangga kedua liga itu membolehkan skuad Hang Tuah mengumpul sembilan mata sekali gus menjauhi zon bahaya penyingkiran ke Liga Perdana.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: