Bola Sepak Semasa Terkini

Zamsaham tak tunggu lama

 

Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn Bhd yang turut dihadiri Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin dan Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah serta pemain TRW.
SUBKHI SUDARJI
TIDAK sampai 24 jam menerajui The Red Warriors (TRW) , Norizam Tukiman meletakkan sasaran enam kemenangan pada baki perlawanan Liga Premier sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) skuad bimbingan Yusri Che Lah.
Menerusi paparan Facebook ZAMSAHAM sebentar tadi, anak jati Johor yang lebih dikenali sebagai Zamsaham itu  menerima banyak ucapan, pesanan , cadangan dan juga peringatan untuk memastikan pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW) kembali gah.
Ujarnya, semua ucapan dan pesanan tersebut akan direkodkan dan mengemukakan kepada pengurusan termasuk Ketua Jurulatih, Yusri supaya TRW terus bergerak pantas dan cergas sambil mengharapkan komitmen pemain membuktikan kemampuan yang dimiliki.
“Enam perlawanan berbaki untuk semua pemain buktikan sesuatu. penyokong Kelantan FC nakkan perubahan. Menang itu misi wajib, kalah jangan lauk, .bermaruah,kita ada maruah.Penyokong juga ada maruah.
“Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pagi tadi, wartawan sukan, ahli keluarga dan sanak saudara, rakan-rakan perniagaan, kawan-kawan sekolah dan kenalan lama mahu pun yang baharu,” jelasnya.
Sebahagian ucapan tahniah dan sokongan serta penghargaan diberikan peminat bola sepak terhadapnya yang dimuatkan dalam ruangan komen.
Zamsaham sah menerajui KAFA selepas melabur sebanyak RM6.8 juta untuk menjadi pemilik saham syarikat The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd itu pada Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Hotel Perdana, semalam.
Dalam majlis itu, Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn Bhd yang turut dihadiri Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin dan Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah serta pemain TRW. Norizam turut menyerahkan bayaran gaji kepada jurulatih, pegawai dan pemain berjumlah RM370,000.
Skuad bimbingan Yusri bakal bertandang ke Shah Alam untuk berdepan Selangor 2, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok sebelum menanti kunjungan Perak II di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu 12 September nanti.
Kelantan seterusnya akan terbang ke Sarawak untuk aksi menentang Kuching FA di Stadium Negeri Sarawak pada 20 September dan selang lima hari kemudian bertemu Sarawak United di Kota Bharu.
TRW seterusnya akan menentang Negeri Sembilan di laman sendiri pada 3 Oktober sebelum menamatkan saingan Liga Premier dengan bertandang ke Stadium Larkin bertemu JDT II 9 Oktober 2020.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: