Bola Sepak Semasa

Hamidin menghadap Sultan Selangor

Hamidin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin  Mohd Amin menghadap DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.
Baginda menyantuni kunjungan hormat Hamidin yang menyembah maklum perihal isu semasa bola sepak negara, termasuk proses penswastaan dan pemisahan persatuan (FA) kepada kelab (FC).
” Turut dibincangkan ialah Peta Hala Tuju F:30 yang dilancarkan 31 Oktober 2018 dan perancangan membina ibu pejabat baharu FAM serta pusat latihan kebangsaan moden di Putrajaya.
“Hamidin juga membincangkan mengenai usaha-usaha melaksanakan program pembangunan akar umbi di Selangor yang selaras dengan Piagam SupaRimau FAM,” ujar FAM dalam kenyataan, hari ini.
Hamidin yang mengenali DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak 1988 itu turut mengambil kesempatan memaklumkan impak COVID-19 terhadap industri bola sepak negara, selain persiapan skuad kebangsaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, yang ditangguhkan tahun depan susulan pandemik berkenaan.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah pernah memegang jawatan Presiden FAS pada tahun 2000 manakala Datuk Haji Hamidin selaku Setiausaha Agung FAS ketika itu. Manakala perkenalan pada 1988 bermula sejak Datuk Hamidin giat sebagai orang kuat dalam Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC)
Datuk Haji Hamidin berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif FAS pada 1995 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Agung FAS pada 1998 dan dilantik menjadi Setiausaha Agung FAM pada 2013 seterusnya Presiden FAM pada 2018.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: