Bola Sepak Semasa Terkini

FAM cadang Liga M ada penyokong

Hamidin percaya cadangan ini akan dipertimbangkan MKN.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar memberi kebenaran kepada penyokong untuk hadir ke stadium menyaksikan memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan, melihatkan senario Pendemik Covid 19 ketika ini, kemungkinan besar saingan Liga Malaysia yang kini berlangsung akan berterusan sehingga tamat musim ini tanpa kehadiran penyokong pasukan masing-masing.

“Seperti yang kita semua tahun bola sepak untuk tahun ini semuannya tidak dapat dijalankan dengan kehadiran penyokong, mungkin juga awal tahun depan, jadi FAM perlu memikirkan langkah-langkah mengenai perkara ini.

“Sebagaimana yang dimaklumkan Perdana Menteri, tiada vaksin buat masa ini,  jadi semua Exco FAM perlu fokus senario bola sepak tanpa penyokong, Exco FAM kena kaji balik, mungkin tahun depan sama tanpa penyokong.

“FAM akan mengemukakan cadangan kepada MKN mengenai kebenaran kehadiran penyokong, mungkin dalam beberapa perlawanan Liga Super dan Premier mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Majlis kenduri kahwin pun dibenarkan 250 tetamu jadi mungkin untuk penyokong pasukan kita hadkan 200 penyokong sahaja, kita bermula dari stau tahap ke tahaplah. Kita semua faham kekangan Covid 19 ini,” jelasnya.

Hasrat dan cadangan disuarakan FAM ini ada benarnya apabila hari ini kelab dari Jerman, RB Leipzig diberikan kebenaran untuk memberi ruang kepada 8,400 penyokong hadir dalam perlawanan pertama saingan Bundesliga musim ini yang akan bermula pada pertengahan September.

Ia akan menjadikan mereka sebagai kelab Jerman pertama dari liga utama menerima kembali penonton ke stadium sejak direncatkan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara itu pada pertengahan Mac.

Ia akan menyaksikan Red Bull Arena akan diisi sebanyak 20 peratus daripada penyokong Leipzig menjelang aksi pembukaan kempen 2020/21 menentang Mainz pada 20 September.

Kali terakhir Leipzig beraksi dengan kehadiran penonton ialah ketika mengalahkan Tottenham di aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara pada pertengahan Mac.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: