Antarabangsa Bola Sepak

Bukan Lewandowski, Loew pilih Neuer pemenang Ballon d’Or

IMG_20200902_093921

JURULATIH Jerman, Joachim Loew tidak menamakan penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski untuk merebut Anugerah Ballon d’Or.

Namun, dia lebih berminat memilih penjaga gawang, Manuel Neuer sebagai pemenangnya.

Lewandowski tampil sangat luar buasa pada musim 2019/2020. Peledak asal Poland itu berupaya mencetak 55 gol di semua pertandingan.

Ledakan gol sebanyak itu juga membawa Bayern meraih gelaran treble semusim. Itu termasuklah memenangi Liga Juara-Juara pertama dalam sepanjang kariernya.

Dengan golnya itu, ramai pihak melabel Lewandowski sebagai pemenang Ballon d’Or. Sayangnya, penghargaan tersebut pada tahun ini dibatalkan kerana adanya pandemi virus Covid-19.

Andai Ballon d’Or tidak dibatalkan, Loew sudah pasti akan memilih Neuer memandang prestasinya yang cukup cemerlang sepanjang musim 2019/2020 terutama di Liga Juara-Juara.

“Manuel berada di kelas yang berbeza, benar-benar luar biasa.

“Dia adalah faktor terbesar mengapa Bayern memenangi Liga Juara-Juara. Bahkan di peringkat separuh akhir, dia melakukan dua atau tiga penyelamatan. Bayern boleh sahaja ketinggalan 1-0 atau disamakan kembali menjadi 1-1 tanpa dia bermain menentang Lyon dan PSG.

“Bagi saya, dia akan menjadi pemain terbaik dunia tahun ini,” kata Loew dalam laman rasmi Bundesliga.

Loew juga menilai Neuer memiliki peranan yang sangat penting di dalam pasukan Die Roten.

“Manu berada dalam prestasi yang luar biasa sepanjang musim lepas.

“Cara dia bermain, ketenangan, kehadirannya – anda akan dapat rasai kehadirannya,” ujarnya lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: