Antarabangsa Bola Sepak

Gabriel Magalhaes pilih Arsenal kembang karier

IMG_20200902_075600

GABRIEL Magalhaes memilih kelab Inggeris, Arsenal sebagai destinasi seterusnya dalam arena bola sepak.

Selepas keliru mengenai masa depan nya, perpindahan mega pemain itu akhirnya berjaya diselesaikan.

Khabar mengenai kedatangan Magalhaes ke Emirates telah lama tersebar. Namun, proses perpindahannya berlarutan sehingga beberapa kelab termasuk Manchester United cuba mendekati Magalhaes.

Bintang asal Brazil ini diumumkan sebagai rekrut kedua The Gunners pada bursa perpindahan musim panas selepas ketibaan Willian dari Chelsea.

Magalhaes dibeli dari kelab Perancis, Lille, dengan tanda harga 25 juta pounds. Selain itu, dia juga diikat dengan kontrak panjang berdurasi lima tahun.

“Kami gembira apabila berjaya mendapatkan Gabriel. Dia adalah pemain yang telah kami ikuti sejak lama dan diintai oleh banyak kelab, jadi kami bangga boleh berpakat dan menyelesaikan perpindahan dengan Lille dan pemain itu sendiri.

“Gabriel adalah pemain berkualiti dan Mikel Arteta serta pasukan pasti tidak sabar ingin menggabungkan dirinya dalam kelab,” kata Pengarah Teknikal Kelab, Edu dalam kenyataan rasmi Arsenal FC.

Proses perpindahan Magalhaes sempat tertunda selama 14 hari kerana perlu menjalani prosedur isolasi berikutan Perancis disenaraikan negara perlu dikuarantin oleh pihak kerajaan England.

Dia hanya dibenarkan mengunjungi London Colney pada Isnin lepas dengan pengawasan perubatan yang ketat.

Magalhaes kemudian menjalani sesi ujian Covid-19 bersama skuad Arsenal yang lain.

Terkini, Arsenal dikhabarkan akan segera mempercepatkan perpindahan Dani Ceballos dari Real Madrid. Pemain berdarah Sepanyol itu bakal kembali ke Emirates sebagai pemain pinjaman.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: