
KEHILANGAN pemain naturalisasi Malaysia yang “dilahirkan” di Pahang, Mohamadou Sumareh kian terjawab apabila tonggak utama Tok Gajah dan Harimau Malaya ini dikhabarkan bersetuju beraksi bersama Thai League 2, Police Tero FC.
Perkhabaran ini bermain di social media ketika ini memandangkan tuan empunya diri hanya mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas apa yang berlaku ketika ini selepas dia gagal menjalani latihan bersama skuad kendalian Dollah Salleh.
Masih memiliki baki kontrak bersama Pahang sehingga 2022, Sumareh sebelum ini dikaitan dengan beberapa pasukan Lembah Klang dan Selatan namun berita terbaharu ini pastinya mengejutkan banyak pihak khususnya penyokong Pahang yang menjangkakan akan melihat kelibatnya menyarung jersi pasukan lain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Jika benar berita ini, Sumareh bakal bergandingan dengan bekas pemain JDT, dan pertahanan skuad bawah 23 tahun negara, Dominic Tan.
Add Comment