Antarabangsa Bola Sepak

Arsenal lepaskan Mkhitaryan sertai Roma

Screenshot_20200901_102636

HENRIKH Mkhitaryan menyertai kelab Serie A, AS Roma menerusi kontrak secara tetap.

Micki sebelum ini bermain satu musim tempoh pinjaman yang panjang di Itali.

“Kami telah bersetuju untuk menamatkan kontraknya dengan persetujuan bersama untuk membolehkannya bergabung dengan Roma secara tetap.

“Pemain antarabangsa Armenia bergabung dengan kami dari Manchester United pada Januari 2018 dan menandakan permulaan Liga Perdana Inggeris pertamanya dengan hatrik membantu dalam kemenangan 5-1 ke atas Everton,” kata kenyataan rasmi Arsenal FC.

Sepanjang bersama The Gunners, Micki membantu kelabnya mara ke final Liga Europa 2019 dan dia memperoleh 13 assist dan menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan.

Berjaya melakar sejarah untuk negaranya, Micki adalah pencetak gol terbanyak sepanjang masa Armenia dan telah dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik dari Armenia sebanyak sembilan kali.

“Semua orang di Arsenal mengucapkan terima kasih kepada Micki atas sumbangannya kepada kelab dan mendoakan yang terbaik untuk masa depannya bersama Roma,” katanya lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: